Pembinaan Dan Kesan Modul Terapi Seni Dalam Pengurusan Kemarahan Remaja

Yusof, Shamshul Azura Md (2021) Pembinaan Dan Kesan Modul Terapi Seni Dalam Pengurusan Kemarahan Remaja. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (290kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina Modul Terapi Seni Dalam Pengurusan Kemarahan Remaja (TASMAR) dan mengkaji kesan modul tersebut. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan modul. Nilai kesahan modul adalah 82.28 peratus manakala nilai alpha cronbach’s bagi kebolehpercayaan modul adalah .96. Sampel dikenal pasti melalui kaedah persampelan bertujuan. Sampel terdiri daripada remaja yang mendapat skor tahap kemarahan 76-100 dalam ujian State-Trait Anger Expression Inventory-2 Child and Adolescent (STAXI-2 C/A). Bagi melihat kesan modul, rekabentuk kajian kuasi eksprimen digunakan dengan gabungan kaedah kuatitatif dan kuanlitatif. Keputusan kuatitatif mendapati terdapat perbezaan yang signifikan kesan modul terhadap kemarahan remaja, nilai t=2.83, df=71, p=0.00 (p<.05). Kesan modul terhadap pengurusan kemarahan remaja berdasarkan jantina menunjukkan perbezaan yang signifikan, nilai t=5.86, df=70, p=.000 (p<.05). Seterusnya, terdapat perbezaan yang signifikan kesan modul terhadap pengurusan kemarahan remaja berdasarkan masa, nilai t6.54, df=71, p=.000 (P>.05). Secara kuantitatif, modul berkesan dalam pengurusan kemarahan terhadap remaja lelaki dan perempuan. Modul juga berkesan secara kualitatif dengan hasil dapatan temu bual yang membentuk tema-tema yang menunjukkan kesan positif modul terhadap remaja iaitu memberi pengetahuan baru, meluahkan kemarahan, menyembuhkan emosi, merubah diri dan memberi motivasi. Impikasi kajian ini, remaja dapat diberikan kemahiran mengatasi kemarahan. Hal ini dapat mengurangkan kesan negatif kemarahan seperti salah laku, jenayah serta masalah kesihatan mental dan fizikal. Kajian ini juga memberi sumbangan ilmu dalam penghasilan modul intervensi kaunseling menggunakan pendekatan terapi seni.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 23 May 2022 07:58
Last Modified: 23 May 2022 07:58
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52565

Actions (login required)

View Item View Item
Share