Keberkesanan Kaedah Haraki Dalam Pembelajaran Tilawah Al-Quran Murid Berkeperluan Khas (Mbk) Bermasalah Pembelajaran: Kajian Di Daerah Jerantut

Saleh, Rabiatuladawiyah (2021) Keberkesanan Kaedah Haraki Dalam Pembelajaran Tilawah Al-Quran Murid Berkeperluan Khas (Mbk) Bermasalah Pembelajaran: Kajian Di Daerah Jerantut. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Pembelajaran al-Quran sentiasa berkembang sepanjang zaman. Pelbagai kaedah yang telah muncul dan telah diadaptasi sarjana supaya umat Islam boleh membaca al-Quran. Antaranya kaedah al-Baghdadi, kaedah al-Matien, kaedah Iqra dan kaedah Haraki (KH). Tumpuan kaedah pembelajaran al-Quran dewasa ini lebih menumpukan kepada murid arus perdana. Walau bagaimanapun tiada satu kaedah khas untuk pembelajaran tilawah al-Quran bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) Bermasalah Pembelajaran. Melalui literatur kajian mendapati MBK yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) kefungsian sederhana menguasai kemahiran membaca dan menulis. Namun demikian, masih kurang kajian kepada MBK Bermasalah Pembelajaran KSSM kefungsian sederhana mengenai kaedah pembelajaran tilawah al-Quran. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Haraki dalam pengajaran al-Quran terhadap MBK Bermasalah Pembelajaran KSSM Kefungsian Sederhana. Dari sudut metodologi, kaedah yang digunakan ialah kaedah kuasi eksperimen. Pengkaji turut menganalisis data menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Keputusan ujian t yang dijalankan ialah menunjukkan bacaan 5.563. Manakala bacaan min kaedah Haraki (Min=87.0) lebih tinggi berbanding dengan min kaedah Iqra iaitu (Min=34.60). Hal ini menunjukkan bahawa kaedah Haraki lebih berkesan daripada kaedah Iqra bagi pembelajaran tilawah al-Quran kepada MBK bermasalah pembelajaran kefungsian sederhana. Kesimpulannya, kaedah Haraki lebih sesuai digunakan untuk MBK bermasalah pembelajaran kefungsian sederhana dan dicadangkan menggunakan kaedah ini kepada mereka.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-253 Islam
L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 10 May 2022 07:19
Last Modified: 10 May 2022 07:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52486

Actions (login required)

View Item View Item
Share