Hubungan Kerajaan Lamuri Dengan Dunia Antarabangsa Berdasarkan Temuan Seramik Di Kawasan Lamreh Kabupaten Aceh Besar (13 – 15 M)

Husni, Amir (2020) Hubungan Kerajaan Lamuri Dengan Dunia Antarabangsa Berdasarkan Temuan Seramik Di Kawasan Lamreh Kabupaten Aceh Besar (13 – 15 M). Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (893kB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji seramik yang terdapat di tapak Lamreh, Aceh-Indonesia. Fokus penyelidikan ini ialah untuk melakukan klasifikasi, pentarikhan, kronologi dan menentukan peranan tapak Lamreh berdasarkan bukti seramik. Oleh itu, untuk mendapatkan seramik maka kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah survei dan ekskavasi. Hasil kerja lapangan menjumpai 6,913 serpihan seramik dengan pelbagai jenis, bentuk dan motif. Kesemua seramik tersebut dianalisis menggunakan beberapa kaedah iaitu (1) analisis morfologi untuk mengenal pasti jenis dan bentuk seramik, (2) analisis motif hias untuk mengetahui motif-motif seramik, (3) pentarikhan relatif untuk menentukan usia seramik dan kronologi tapak, (4) analisis saintifik menggunakan kaedah X-Ray Flourescence (XRF) dan Energy Dispersive X-Ray (EDX) untuk mengenal pasti asal-usul seramik mengikut kepada dapur dan negara penghasilnya dan (5) analisis perbandingan untuk mengetahui peranan tapak Lamreh pada masa lampau berdasarkan bukti seramik. Hasil analisis mendapati seramik di tapak Lamreh berasal daripada empat negara yang berbeza iaitu China, Thailand, Vietnam dan Myanmar. Jenis seramik China yang dijumpai ialah seladon yang dihasilkan di dapur Longquan pada zaman Dinasti Song Selatan dan Yuan (abad ke-13 dan ke-14 Masihi),

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > CC1-960 Archaeology
Divisions: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 09 May 2022 10:45
Last Modified: 09 May 2022 10:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52481

Actions (login required)

View Item View Item
Share