Analisis penggunaan kaedah istinbat dalam penetapan fatwa di Malaysia : kajian di jabatan-jabatan mufti terpilih

Wan Abdullah, Wan Ab Rahman Khudzri (2006) Analisis penggunaan kaedah istinbat dalam penetapan fatwa di Malaysia : kajian di jabatan-jabatan mufti terpilih. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (18MB) | Preview

Abstract

Fatwa merupakan hasil ijtihad mufti terhadap pertanyaan mustafti mengenai sesuatu masalah yang dihadapi. Ia dicapai setelah penelitian dibuat terhadap sesuatu kes yang dihadapi merujuk kepada sumber-sumber hukum yang sah menurut syarak. Selain merujuk kepada sumber-sumber yang sah, sesuatu hukum hanya diperakukan setelah melalui proses istinbat yang menepati kehendak syarak juga Kajian ini bertujuan menganalisis kaedah-kaedah istinbii! dalam penetapan fatwa-fatwa rasmi sepanjang tempoh sepuluh tahun mulai tahun 1990 hingga tahun 2000 di Malaysia merujuk kepada fatwa rasmi beberapa pihak berkuasa mengenainya yang terpilih. Secara khususnya pula, kajian ini berusaha meneliti empat perkara iaitu ketekalan (consistency) kaedah-kaedah istinbii! yang diikuti dalam proses pemfatwaan di Malaysia, keterikatan dengan mazhab dalam amalan pemfatwaan di Malaysia, pematuhan aspek ma.la{lat dan 'urf atau adat setempat dalam penetapan sesuatu fatwa, dan perbandingan amalan kaedah istinbaf di beberapa buah Jabatan Mufti di Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 27 Apr 2022 08:41
Last Modified: 27 Apr 2022 08:41
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52432

Actions (login required)

View Item View Item
Share