Anurbek, Mokhtar Alfakari
(1987)
Perancangan Dan Perlaksanaan Kempen Komunikasi
Negeri Perak.
Project Report.
Universiti Sains Malaysia.
(Submitted)
Abstract
Di negara-negara barat, pakar-pakar komunikasi telah mula menumpukan penyelidikan terhadap proses perancangan komunikasi pada tahun 1960an (Marco Antonio, 1979:10)UNESCO merupakan badan yang bertanggungjawab di dalam memulakan penyelidikan tersebut. Pada tahun 1964, para pakar komunikaai seperti Daniel Lerner dan Dr. Wilbur Schramm dengan bantuan East-West Center a Communication Institute 1, telah menumpukan kajian mengenai proaea perancangan komunikaai di Asia (Edwin Emery, 1979:33) Di negara Malaysia, kajian seumpama itu telah dimulakan pada tahun 1971, dengan tertubuhnya Puaat Latihan Penyiaran Nasional di Kuala Lumpur (Edwin Emery, 1979:33) Walau bagaimanapun, kajian yang telah dibuat masih belum menyeluruh, hanya tertumpu di- peringkat nasional sahaja. Ini adalah kerana polisi komunikaai di- Malaysia wujud atas dasar sementara (ad hoc) iaitu sebahagian besar polisi-polisi tersebut tidak ditulis secara rasmi. Segala polisi dan perancangan komunikasi ditentukan di peringkat atasan Kementerian Penerangan dan di peringkat kabinet sahaja (Ronny Adhikanya 1977:97).Ini juga memberikan satu gambaran bahawa kajian mengenai proses perancangan komunikasi di peringkat negeri termasuk negeri Perak masih belum lagi dikaji oleh para pengkaji.
Actions (login required)
|
View Item |