Keberkesanan pendekatanstem Bersepadu Berasaskan Makmal Dalam Meningkatkan Kefahaman Elektrokimia Dan Kemahiran Proses Sains Pelajar Tingkatan Empat

Daman Huri, Noor Haslina (2019) Keberkesanan pendekatanstem Bersepadu Berasaskan Makmal Dalam Meningkatkan Kefahaman Elektrokimia Dan Kemahiran Proses Sains Pelajar Tingkatan Empat. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (19MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengetengahkan STEM Bersepadu Berasaskan Makmal dalam pengajaran dan pembelajaran Elektrokimia dan keberkesanan eksperimen STEM Bersepadu Berasaskan Makmal dalam meningkatkan pemahaman konsep elektrokimia dan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat diukur. Eksperimen yang direncanakan dalam STEM Bersepadu Berasaskan Makmal adalah berdasarkan konteks dunia semasa yang menyepadukan keempat-empat bidang STEM melalui trans disiplin dan pengintegrasian enam elemen .. Framework for STElvf Integration in the Classroom". Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan embedded yang melibatkan kuasi eksperimen untuk mendapatkan data kuantitatif daripada 115 orang pelajar Tingkatan Empat (55 orang KE dan 60 orang KK) daripada kumpulan eksperimen dan kawalan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 18 Apr 2022 08:26
Last Modified: 18 Apr 2022 08:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52358

Actions (login required)

View Item View Item
Share