Pembinaan Dan Kesan Modul Bena Katarsis (MBK) Terhadap Kebimbangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

Hussain @ Mat Hassan, Zulkifli (2020) Pembinaan Dan Kesan Modul Bena Katarsis (MBK) Terhadap Kebimbangan Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (646kB) | Preview

Abstract

Kajian memberi fokus kepada pembinaan Modul Bena Katarsis (MBK) yang bertujuan membantu pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menguruskan kebimbangan akademik. Persaingan dalam pencapaian peperiksaan, ekspektasi yang tinggi oleh diri sendiri dan keluarga, kewujudan corak pemikiran yang tidak membantu serta beberapa faktor lain telah membina kebimbangan akademik dalam kalangan pelajar. Reka Bentuk Penyelidikan Pembangunan (DDR) digunakan dalam melaksanakan kajian. Fasa I memberi tumpuan usaha mengenal pasti keperluan pembinaan MBK. Fasa II pula berkaitan proses pembinaan MBK yang menggabungkan model Terapi Kognitif Tingkah Laku dan pemikiran al-Ghazali. Fasa III ialah penilaian kepenggunaan MBK menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick (1994). Hasil kajian Fasa I mendapati keperluan yang tinggi untuk membina modul kaunseling kepada pelajar yang mengalami kebimbangan akademik.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 18 Apr 2022 07:27
Last Modified: 18 Apr 2022 07:27
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52353

Actions (login required)

View Item View Item
Share