Ibrahim, Muhammad Alhaji
(2020)
An Evaluation Of Mathematics Teacher Education Program In A University In Kano, Nigeria.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai Konteks, Input, Proses dan Hasil program pendidikan guru matematik di Sebuah di Universiti, di Kano, Nigeria. Kajian ini menggunakan model penilaian Context, Input, Process and Outcomes (CIPO) Scheerens (1990). Kajian ini menggunakan reka bentuk kaedah campuran yang dipandu oleh model kajian. Sampel seramai 130 orang guru matematik pra-perkhidmatan dan 5 orang pensyarah program tersebut terlibat dalam kajian ini, dengan menggunakan Ujian Kandungan Matematik Sekolah, Penilaian Guru mengenai Keberkesanan Program, Borang Penilaian Latihan Mengajar, Protokol Temu Bual dan Senarai Semak Kandungan sebagai instrumen kajian.
Actions (login required)
|
View Item |