Abd Rahman, Nur Syazwani
  
(2020)
The Effectiveness Of Ceiba Pentandra Modified Fiber In Removing Anion From Eutrophic Water.
    PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
  
  
  
  
    
  
    
      
      
    
  
  
  
    Abstract
    Beberapa  kaedah  telah  diperkenalkan  di  seluruh  dunia  untuk menyingkirkan nutrien anionik berlebihan dalam air eutrofik. Disebabkan anion ini sangat halus, penyingkirannya menggunakan karbon teraktif adalah sukar. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyelidik potensi serat kekabu (Ceiba pentandra) sebagai bahan penjerap boleh diperbaharui untuk menyingkirkan nutrien anionik. Penjerap berasaskan kertas makmal serat kekabu mikrofibril telah  disediakan  dengan  mendedahkan  serat  kekabu  kepada  pra-rawatan menggunakan natrium hipoklorit (TT), diikuti dengan teknik pengisaran bebola basah (BM) pada keadaan tertentu. Untuk meningkatkan sifat mekanikal penjerap  berasaskan  kertas  makmal  khususnya  dalam  keadaan  basah,pengubahsuaian klik azida-alkuna telah diperkenalkan.
  
  
  
  
  
    Actions (login required)
    
    
      
          | 
        View Item |