Kaedah Sintesis Dakwah Dan Tarbiah Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam Sekolah Menengah Berasaskan Kitab Al-Rasul Al-Mu’allim Wa Asalibuhu Fi Al-Ta’lim

Muhd Fadzir, Nur Munirah (2020) Kaedah Sintesis Dakwah Dan Tarbiah Dalam Pengajaran Dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam Sekolah Menengah Berasaskan Kitab Al-Rasul Al-Mu’allim Wa Asalibuhu Fi Al-Ta’lim. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Disertasi ini untuk menganalisis kaedah sintesis dakwah dan tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Kajian ini dilakukan kerana terdapat perbezaan dan kekeliruan antara penggunaan kaedah dakwah dan tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam di sekolah menengah yang menyebabkan guru tidak memahami kaedah didikan yang tepat dan berkesan terhadap murid. Pengkaji menumpukan kepada kajian kitab iaitu Kitab al-Rasul al-Mu’allim wa Asalibuhu fi al-Ta’lim kerana dilihat lebih tersusun dari sudut pertemaannya yang juga disertakan dengan hadis-hadis Rasulullah SAW. Disebabkan kajian ini menumpukan kepada kajian kitab, maka kajian ini lebih sesuai untuk mengumpulkan data-data sekunder. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini. Pertama, mengenal pasti kaedah sintesis dakwah dan tarbiah dalam PdPc Pendidikan Islam Sekolah Menengah yang dicapai dengan kaedah kajian dokumen.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 14 Apr 2022 07:48
Last Modified: 14 Apr 2022 07:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52326

Actions (login required)

View Item View Item
Share