Analisis Voice Dalam Sintaksis Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Program Minimalis

Eileen, Sim Siew Wah (2020) Analisis Voice Dalam Sintaksis Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Program Minimalis. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti ayat dengan kata kerja berawalan di- (ayat di-KK) dan ayat dengan kata kerja tanpa awalan (ayat Ø-KK) dalam bahasa Melayu. Objektif kajian ialah menghuraikan ayat di-KK dan ayat Ø-KK secara deskriptif dan teoretis berdasarkan konsep voice dan pendekatan Program Minimalis (1995, 2000, 2001). Ayat di-KK dan ayat Ø-KK dikutip daripada buku-buku tatabahasa dan karya ilmiah tatabahasa bahasa Melayu, korpus dan soal selidik penilaian kebolehterimaan ayat. Kajian ini melibatkan 56 orang penutur jati bahasa Melayu yang merupakan penuntut di Universiti Sains Malaysia. Berdasarkan min kebolehterimaan ayat, kehadiran FDAGEN yang diterima dalam binaan FDTEMA + (Kala) + di-KK + (oleh + FDAGEN) ialah diri ketiga > KGND 1 > KGND 2. Kebolehterimaan ayat pasif di-KK dengan FDAGEN KGDN 1 dan KGND 2 meningkat apabila GN kendiri sendiri hadir mengikuti FDAGEN. Ayat di-KK(-nya) + FDTEMA dinilai sebagai ayat yang berterima. FDTEMA yang hadir pasca di-KK(-nya) dibuktikan sebagai subjek ayat dan di-KK(-nya) ditopikalisasi ke pangkal ayat. Min kebolehterimaan ayat memperlihatkan kehadiran FDAGEN dalam binaan ayat FDTEMA + (Kala) + FDAGEN + Ø-KK adalah berterima dalam turutan KGND 1 > KGND 2 > KGND 3 > FD diri ketiga: kata nama khas > FD diri ketiga: FD am. Ketiga-tiga jenis FDAGEN adalah berterima dalam binaan ayat FDAGEN + Ø-KK + FDTEMA. Namun, peratus kebolehterimaan bagi ayat tersebut adalah lebih rendah apabila Kala dizahirkan di pangkal ayat.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 01 Apr 2022 06:28
Last Modified: 01 Apr 2022 06:28
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52146

Actions (login required)

View Item View Item
Share