Konsep Kesejahteraan Wanita Dalam Pekerjaan Daripada Perspektif Islam

Aziz, Nurul Izza Abdul (2020) Konsep Kesejahteraan Wanita Dalam Pekerjaan Daripada Perspektif Islam. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Tesis ini bertujuan mengkaji konsep kesejahteraan wanita dalam pekerjaan daripada perspektif Islam. Ia bertitik tolak daripada peningkatan wanita dalam pekerjaan. Jabatan Statistik Malaysia melaporkan peningkatan peratusan wanita yang terlibat dalam pekerjaan sekitar tahun 2011 sehingga 2016. Walau bagaimanapun terdapat implikasi daripada penglibatan wanita dalam pekerjaan terhadap ketidaksejahteraan wanita antaranya ketidakseimbangan kehidupan kerja wanita, keterdedahan isu berikutan dengan keselamatan wanita seperti gangguan seksual, konflik kerja keluarga dan diskriminasi di tempat kerja. Isu-isu ini dapat memberikan implikasi negatif terhadap aspek kesejahteraan wanita dan menyebabkan produktiviti serta kualiti pekerjaan menurun. Oleh sebab wanita dalam pekerjaan mempunyai pelbagai peranan maka, isu kesejahteraan wanita dalam pekerjaan tidak sama dengan kesejahteraan lelaki dalam pekerjaan. Dari sisi lainnya, untuk menangani isu kesejahteraan wanita dalam pekerjaan, konsep kesejahteraan yang ada berakar umbikan falsafah Aristotle dan Socrates dan tidak menyentuh mengenai nilai ketauhidan dalam diri manusia. Konsep ini turut dilihat tidak menyentuh aspek wanita secara spesifik serta keperluan-keperluan wanita di tempat kerja sedangkan, kesejahteraan insan daripada perspektif Islam menonjolkan aspek ketauhidan dan aspek ke fungsian manusia. Dengan erti lainnya, konsep-konsep kesejahteraan kini dilihat kontra dengan kesejahteraan daripada perspektif Islam.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-70 Management. Industrial Management
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Pengajian Pengurusan (School of Management) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 30 Mar 2022 13:17
Last Modified: 30 Mar 2022 13:17
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52100

Actions (login required)

View Item View Item
Share