Pembangunan Dan Penilaian Koswer Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (KoMIBM) Dalam Meningkatkan Pemahaman Membaca Murid Pendidikan Khas Pendengaran

Abdul Jabar, Syamsinar (2020) Pembangunan Dan Penilaian Koswer Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (KoMIBM) Dalam Meningkatkan Pemahaman Membaca Murid Pendidikan Khas Pendengaran. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (864kB) | Preview

Abstract

Kajian kuantitatif ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan penggunaan koswer multimedia interaktif terhadap pemahaman membaca dan pembelajaran bahasa isyarat dalam kalangan murid pendidikan khas pendengaran. Kajian ini melibatkan 60 orang sampel kajian berumur antara 9 hingga 11 tahun dari empat buah Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk kuasi-eksperimen. Pemboleh ubah bebas ialah koswer pembelajaran KoMIBM dan KoMBM manakala pemboleh ubah moderator pula ialah tahap pendengaran murid dan status pendengaran ibu bapa. Analisis statistik ANOVA dan MANCOVA telah dijalankan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam skor kefahaman membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 25 Mar 2022 03:37
Last Modified: 25 Mar 2022 03:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52042

Actions (login required)

View Item View Item
Share