Abdul Jabar, Syamsinar
(2020)
Pembangunan Dan Penilaian Koswer Multimedia Interaktif Bahasa Melayu (KoMIBM) Dalam Meningkatkan Pemahaman Membaca Murid Pendidikan Khas Pendengaran.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian kuantitatif ini dijalankan bagi mengenal pasti kesan penggunaan koswer multimedia interaktif terhadap pemahaman membaca dan pembelajaran bahasa isyarat dalam kalangan murid pendidikan khas pendengaran. Kajian ini melibatkan 60 orang sampel kajian berumur antara 9 hingga 11 tahun dari empat buah Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk kuasi-eksperimen. Pemboleh ubah bebas ialah koswer pembelajaran KoMIBM dan KoMBM manakala pemboleh ubah moderator pula ialah tahap pendengaran murid dan status pendengaran ibu bapa. Analisis statistik ANOVA dan MANCOVA telah dijalankan untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam skor kefahaman membaca antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan.
Actions (login required)
|
View Item |