Kajian Pemikiran Dan Perjuangan Dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

Mohd Ghazali, Ummi Zainab (2020) Kajian Pemikiran Dan Perjuangan Dakwah Muhammad ‘Uthman El-Muhammady. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (787kB) | Preview

Abstract

Muhammad Uthman El-Muhammady merupakan salah seorang tokoh pemikir Islam yang terkenal di Malaysia mahupun Nusantara. Beliau memiliki pengaruh yang besar dalam perkembangan penyebaran dakwah dan intelektual. Kepentingan pengaruhnya dapat dirasakan dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Islam di rantau ini menerusi hasil makalah-makalah beliau selain peranan aktifnya dalam penyebaran dakwah serta ilmu sepanjang hayatnya. Justeru, sumbangan dari aspek pemikiran dan perjuangan beliau telah menjadi fokus utama dalam kajian ini. Metode analisis deskriptif akan digunakan dalam kajian ini yang mana penulis akan merujuk serta menganalisis pemikiran „Uthman El-Muhammady berdasarkan tulisan beliau dalam makalah-makalah dan buku-buku yang ditulis oleh beliau serta transkripsi ucapan beliau daripada sumber audio visual.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 24 Mar 2022 03:12
Last Modified: 24 Mar 2022 03:12
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52033

Actions (login required)

View Item View Item
Share