Shaary, Khairudin
(2020)
Pemakanan Halalan Toyyiban Dalam Pembangunan Keluarga Mithali.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pemakanan bertemakan halalan toyyiban daripada beberapa ayat al-Quran merupakan indikator penting dalam proses pembangunan keluarga yang cemerlang aspek duniawi dan ukhrawi. Namun, cabaran mengimplementasikan pemakanan halalan toyyiban dalam kehidupan seharian semakin meruncing disebabkan isu amalan pemakanan yang tidak betul. Di samping itu, ancaman keselamatan sosial dan kesihatan kerana pengambilan makanan yang haram serta isu kebolehdapatan makanan daripada sumber yang halal juga menjadi asas kepada penerokaan kajian ini. Justeru, kajian ini menumpukan kepada pembinaan garis panduan Konsep Pemakanan Halalan Toyyiban Keluarga Mithali (KPHTKM).
Actions (login required)
|
View Item |