Pembinaan Bank Item Matematik Tingkatan Satu Melalui Prosedur Penggabungan Ujian Menggunakan Model Rasch

Shamsuddin, Hasni (2021) Pembinaan Bank Item Matematik Tingkatan Satu Melalui Prosedur Penggabungan Ujian Menggunakan Model Rasch. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (836kB) | Preview

Abstract

Pembinaan bank item merupakan satu proses yang rumit, kompleks dan perlu mengambil kira pelbagai isu praktikal dan teknikal, terutamanya dalam menggabungkan ujian-ujian yang berbeza agar berada dalam satu skala yang sama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan bank item matematik Tingkatan 1 menggunakan kerangka pengukuran model Rasch yang mengkaji pelbagai aspek praktikal seperti kesesuaian dan kestabilan item rujukan, pemilihan teknik transformasi skala sebelum penggabungan dan pemilihan kaedah penggabungan yang sesuai. Isu teknikal yang merujuk kepada prosedur yang perlu dipatuhi mengikut standard yang telah ditetapkan, diatasi dengan mematuhi langkah-langkah kawalan dalam perlaksanaan kajian ini. Sebanyak 10 ujian matematik Tingkatan 1 yang mengandungi item aneka pilihan dan kredit separa telah dibina dan ditadbir kepada 1292 orang murid tingkatan 1 daripada 10 buah sekolah menengah di Pulau Pinang. Ujian-ujian ini digabungkan berpandukan reka bentuk item rujukan kumpulan berbeza menggunakan pengukuran model Rasch. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa, bagi penggabungan berasingan (1) statistik robust z lebih sesuai untuk menilai kestabilan item rujukan berbanding scatterplot dan prosedur 0.3 logits dan (2) kaedah penyetaraan min lebih sesuai untuk meletakkan kesemua item di atas skala yang sama berbanding kaedah mean/sigma. Perbandingan kaedah penggabungan pula mendapati, (3) penggabungan serentak lebih sesuai digunakan untuk menggabungkan ujian berbanding penggabungan berasingan. Sebanyak 423 item yang mempunyai bukti psikometrik yang berkualiti telah diperihalkan melalui profil item.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Mar 2022 01:00
Last Modified: 14 Mar 2022 01:00
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51911

Actions (login required)

View Item View Item
Share