Ilmu Tasawuf Dalam Sukatan Akhlak Pendidikan Islam. Kajian Di Sekolah Menengah Terpilih Di Taiping, Perak

Mohamed, Fatimah (2021) Ilmu Tasawuf Dalam Sukatan Akhlak Pendidikan Islam. Kajian Di Sekolah Menengah Terpilih Di Taiping, Perak. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (339kB) | Preview

Abstract

Globalisasi membuatkan masyarakat memiliki sikap hidup materialistik, hedonistik dan totalitaristik dan hanya percaya kepada unsur-unsur pengetahuan empirikal semata-mata. Dengan sikap hidup sebegini ternyata umat Islam telah mencetuskan penyimpangan-penyimpangan dalam hidup. Penyimpangan inilah yang merosakkan akhlak dan akidah seseorang sehingga akan menjauhkan seseorang daripada Allah SWT. Untuk menghadapi era globalisasi yang memunculkan berbagai penyimpangan itu, maka sangat perlu dilakukan implimentasi nilai-nilai tasawuf dalam Pendidikan Islam. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perkara-perkara berikut iaitu : (i) mengkaji kedudukan ilmu menurut Islam dan perkaitannya dengan Pendidikan Islam di Malaysia (ii) mengkaji persepsi guru-guru dan murid-murid terhadap pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam KBSM di sekolah menengah (iii) mengenalpasti elemen-elemen tasawuf untuk dijadikan sub bidang akhlak Pendidikan Islam di sekolah menengah (iv) memberi cadangan supaya ilmu tasawuf dijadikan sub bidang sukatan pelajaran akhlak di dalam kurikulum Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini dijalankan di dua buah sekolah menengah di Taiping yang melibatkan sekolah berasrama penuh. Jumlah bilangan responden kajian ini ialah seramai 932 orang yang terdiri daripada murid-murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan 6 orang guru Pendidikan Islam. Instrumen utama kajian ini menggunakan soal selidik.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-253 Islam
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 14 Mar 2022 00:38
Last Modified: 14 Mar 2022 00:38
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51908

Actions (login required)

View Item View Item
Share