Pemikiran Akidah Ibnu Taymiyyah Dan Muḥammad Bin ‘Abd Al-Wahhāb Dalam Isu Mujassimah Dan Takfīrī: Satu Kajian Perbandingan

Halim, Mohamad Zaki Hj Abdul (2020) Pemikiran Akidah Ibnu Taymiyyah Dan Muḥammad Bin ‘Abd Al-Wahhāb Dalam Isu Mujassimah Dan Takfīrī: Satu Kajian Perbandingan. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (649kB) | Preview

Abstract

Ibnu Taymiyyah dan Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb adalah dua tokoh ilmuwan Islam yang menjadi kontroversi lantaran pemikiran dan pendekatan dakwah mereka telah mencetuskan pelbagai polemik di kalangan masyarakat. Kemunculan mereka menimbulkan reaksi yang berbeza antara penyokong dan pengkritik. Beberapa isu yang dikaitkan dengan mereka telah menimbulkan ketegangan di kalangan orang Islam. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menganalisis perbandingan bagi melihat titik persamaan dan perbezaan antara kedua-dua tokoh pemikir ini khususnya dari sudut metodologi akidah dan perbahasan tauhid yang melibatkan isu mujassimah dan takfīrī. Benarkah dakwaan tentang rujukan utama Muḥammad bin ‘Abd al-Wahhāb adalah Ibnu Taymiyyah dan terpengaruh dengan gaya pemikirannya? Begitu juga tentang isu mujassimah dan takfīrī, adakah benar dakwaan ini dikaitkan dengan kedua-dua mereka dan bagaimana kebenarannya? Bagaimana pula pendekatan yang digunakan dalam teks-teks tulisan mereka yang mungkin diselewengkan atau disalah tafsirkan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam?

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 13 Mar 2022 14:45
Last Modified: 13 Mar 2022 14:45
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51907

Actions (login required)

View Item View Item
Share