Abdullah, Siti Mariam
(2020)
Nilai-Nilai Murni Menurut Abī Al-Hasan Alī Al-Hasani Al-Nadāwīy Dalam Kitab Sīrah Khātamun Al-Nabīyyīn Lil Aṭfāl.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni menurut Abi> Hasan Ali> Al-Hasani Al-Nadāwiy melalui kitab Si>rah Kha>tamun Nabiyyi>n Lil Aṭfa>l. Nilai- nilai murni perlu diketengahkan supaya dapat membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan isu semasa terutamanya berkaitan nilai-nilai kemanusiaan dan adab yang kian meruncing terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah rendah mahupun menengah. Kajian ini dilakukan untuk mencapai tiga objektif utama iaitu pertama, membincangkan Abi> Hasan Ali> Al-Hasani Al-Nadāwīy sebagai tokoh akhlak. Kedua, mengkaji kitab Si>rah Kha>tamun Nabiyyi>n Lil Aṭfa>l berkaitan nilai-nilai murni. Ketiga, menganalisis elemen nilai-nilai murni menurut Abi> Hasan Ali> Al-Hasani Al-Nadāwīy berdasarkan kitab Si>rah Kha>tamun Nabiyyi>n Lil Aṭfa>l. Seterusnya dalam usaha mencapai objektif tersebut, pengkaji menyusun metodologi kajian melalui reka bentuk kajian, metode pengumpulan data dan metode analisis data. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Pengumpulan data pula melalui sumber primer dan sumber sekunder. Seterusnya kajian ini menggunakan analisis kandungan iaitu metode induktif dan metode deduktif. Hasil dari analisis data tersebut, menunjukkan bahawa Abi> Hasan Ali> Al-Hasani Al-Nadāwīy seorang tokoh Islam yang amat disegani dan mempunyai keunikan dalam mencungkil nilai-nilai murni khususnya dalam bidang penceritaan sirah nabawiah yang menarik hingga menusuk hati serta menimbulkan keinginan untuk menjejaki kehidupan Nabi Muhammad SAW.
Actions (login required)
|
View Item |