Ku Noraisikin, Ku Ali
(2008)
The prev alance and risk factors for inhospital
mortality among copd patients
admitted to Hospital Universiti Sains
Malaysia.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD) adalah salah satu penyebab kematian
yang utama di seluruh dunia dan ia satu-satunya penyakit yang menunujukkan tahap
peningkatan kematian setiap tahun. Walaubagaimanapun, faktor-faktor yang
menyumbang kepada kematian pesakit COPD masih bel urn di ketahui dengan jelas, oleh
itu adalah sangat penting untuk mengetahui faktor-faktor penyumbang ini supaya satu
rancangan perawatan yang strategik dapat di wujudkan untuk mengurangkan kadar
kematian.
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui prevalens kematian pesakit COPD
yang di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia. Objektif yang kedua adalah
untuk mengenalpasti faktor-faktor risiko kematian pesakit COPD.
Sejumlah 324 orang pesakit terlibat dalam kajian retrospektif ini. Prevalens kematian
pesakit COPD yang di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia adalah tinggi
iaitu 26.1 %. Punca utama kematian adalah penyakit COPD itu sendiri iaitu 41% dan
penyakit jantung adalah penyumbang kedua kematian iaitu 33%. Faktor-faktor yang telah
di kenalpasti sebagai penyumbang kepada kematian pesakit COPD, setelah di analisis
dengan analisis multivariate adalah perokok, tempoh penyakit COPD, jumlah kemasukan
ke unit rawatan rapi, penyakit radang paru-paru (pneumonia), tahap albumin di dalam
darah dan tahap gas karbon dioksida di dalam darah.
Actions (login required)
|
View Item |