Peran Dalam Teater Tradisional Makyung

Tahir, Jumilah Md. (2009) Peran Dalam Teater Tradisional Makyung. [Teaching Resource] (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (12MB) | Preview

Abstract

Tesis ini dihasilkan bagi mengkaji peranan peran dalam persembahan Makyong, merujuk kepada unsur seperti ritual, tarian, muzik, lakonan dan penceritaan. Peran memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap persembahan Makyung sebagai pencerita, pelakon, pelawak dan penggerak kepada perjalanan aksi dramatik sesebuah persembahan. Bagi memahami peranan Peran sebagai “awang” dan “pengasuh”, perlu dikaji latihan serta persediaan watak ini di mana peranannya sebagai “awang" lebih menjurus ke arah peranan sebagai seorang orang suruhan raja yang bertanggungjawab ke alas tugasan yang remeh. Sebaliknya, peranannya sebagai “pengasuh” pula lebih kepada seorang penasihat kepada raja. Bagi membawa watak Peran yang dapat memberi kesan yang mendalam kepada penonton, seorang Peran haruslah bersedia dan mempunyai kebolehan bermain alat muzik. menyanyi, menari, berlakon dan bersilat. Bukan itu shaja. malahan Peran juga perlu arif dalam memainkan peranan sebagai seorang bomoh bagi menjalankan pelbagai acara ritual dalam persembahan Makyung. Oleh itu, tesis ini membuktikan kepentingan peranan Peran dalam persembahan Makyung.

Item Type: Teaching Resource
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 26 Jan 2022 07:02
Last Modified: 26 Jan 2022 07:02
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/51352

Actions (login required)

View Item View Item
Share