Tahir, Jumilah Md.
(2009)
Peran Dalam Teater Tradisional Makyung.
[Teaching Resource]
(Submitted)
Abstract
Tesis ini dihasilkan bagi mengkaji peranan peran dalam persembahan Makyong,
merujuk kepada unsur seperti ritual, tarian, muzik, lakonan dan penceritaan. Peran
memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap persembahan Makyung sebagai
pencerita, pelakon, pelawak dan penggerak kepada perjalanan aksi dramatik sesebuah
persembahan. Bagi memahami peranan Peran sebagai “awang” dan “pengasuh”, perlu dikaji latihan serta persediaan watak ini di mana peranannya sebagai “awang" lebih menjurus ke arah peranan sebagai seorang orang suruhan raja yang bertanggungjawab ke alas tugasan yang remeh. Sebaliknya, peranannya sebagai “pengasuh” pula lebih kepada
seorang penasihat kepada raja. Bagi membawa watak Peran yang dapat memberi kesan
yang mendalam kepada penonton, seorang Peran haruslah bersedia dan mempunyai
kebolehan bermain alat muzik. menyanyi, menari, berlakon dan bersilat. Bukan itu
shaja. malahan Peran juga perlu arif dalam memainkan peranan sebagai seorang bomoh
bagi menjalankan pelbagai acara ritual dalam persembahan Makyung. Oleh itu, tesis ini
membuktikan kepentingan peranan Peran dalam persembahan Makyung.
Actions (login required)
|
View Item |