The Effects Of Pre-Task Planning Time And Task Structure On Second Language Learner’s Writing Performance

Seyyedi, Keivan (2014) The Effects Of Pre-Task Planning Time And Task Structure On Second Language Learner’s Writing Performance. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (148kB) | Preview

Abstract

Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji bagaimana masa perancangan pratugasan mempengaruhi prestasi penulisan pelajar bahasa kedua (L2) apabila melaksanakan tugasan berstruktur berbanding tugasan tidak berstruktur. Peserta kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar ijazah pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Semua peserta memperolehi band empat dalam peperiksaan MUET (Malaysian University English Test). Peserta kajian dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada dua kumpulan yang mempunyai bilangan peserta yang sama jumlahnya, iaitu kumpulan yang melaksanakan masa perancangan pratugasan dan kumpulan yang tidak melaksanakan masa perancangan pratugasan Setiap kumpulan diminta bercerita dua jenis cerita yang berbeza, iaitu secara berstruktur dan tidak berstruktur di dalam dua keadaan iaitu melaksanakan masa perancangan pratugasan dan tidak melaksanakan masa perancangan pratugasan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 07 Dec 2021 02:10
Last Modified: 07 Dec 2021 02:10
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/50834

Actions (login required)

View Item View Item
Share