Kesan Pendekatan Taaj Dan Taab Terhadap Kesejahteraan Emosi Dan Resiliensi Wanita Berhadapan Konflik Perkahwinan

Arsad, Siti Suhaila (2019) Kesan Pendekatan Taaj Dan Taab Terhadap Kesejahteraan Emosi Dan Resiliensi Wanita Berhadapan Konflik Perkahwinan. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (446kB) | Preview

Abstract

Kesejahteraan emosi dan resiliensi merupakan elemen penting dikenal pasti dalam berhadapan konflik perkahwinan. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan TAAJ danTAAB terhadap kesejahteraan emosi dan resiliensi wanita yang berhadapan konflik perkahwinan. Dua reka bentuk iaitu single subject research, A-B dan multiple embedded case study diaplikasikan dalam melaksanakan kajian ini. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Seramai empat peserta terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada dua peserta menjalani rawatan menggunakan pendekatan TAAJ (adaptasi pendekatan tazkiyah al-nafs standard JAKIM) manakala, dua peserta lagi menjalani rawatan menggunakan pendekatan TAAB (integrasi teknik-teknik solution focused brief therapy dalam TAAJ). Pengutipan data dilakukan menggunakan instrumen Positive and Negative Affect Schedule (PANAS) dan Connor-Davidson Resilience Scale (CD-RIS). Data yang dikutip dari instrumen PANAS dan CD-RIS dianalisis menggunakan kaedah analisis visual dan pengiraan percentage of nonoverlapping data (PND).

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 24 Jun 2021 14:07
Last Modified: 24 Jun 2021 14:07
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49353

Actions (login required)

View Item View Item
Share