Kajian teori transportasi ke atas pembacaan novel dalam kalangan remaja.

Saidin, Fatimah and Ahmad, Jamilah (2015) Kajian teori transportasi ke atas pembacaan novel dalam kalangan remaja. Jurnal Komunikasi Borneo, 2. pp. 75-97. ISSN 2289-859X

[img]
Preview
PDF
Download (288kB) | Preview

Abstract

Teori Transportasi adalah perasaan kenikmatan yang menyumbang kepada keseronokan melalui media. Teori ini menerangkan mengenai kesan pemujukan dari penceritaan fiksyen dan bukan fiksyen dalam penulisan, percakapan dan sebarang format audio. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai pengalaman transportasi yang dialami oleh para pembaca novel dalam kalangan remaja dan melihat sejauh mana kesan transportasi ini memberi kesan terhadap perubahan diri remaja. Data dikumpul menggunakan kaedah kualitatif separa berstruktur melalui temu bual secara mendalam. Sampel yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang remaja yang merupakan peminat novel tegar dan menganggotai kelab-kelab peminat novel. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah tematik Colaizzi (1978). Hasil kajian mendapati kesan akibat pembacaan novel adalah sebagaimana yang diterangkan dalam Teori Transportasi Green dan Brock (2002) iaitu teori ini terpakai kepada majoriti pembaca novel dalam kalangan remaja di Malaysia, tetapi perbezaannya adalah dari segi tahap kesan terhadap peserta

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3512 Malaysian literature
Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Article
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Jamilah Ahmad (Communication)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 24 Jun 2021 03:37
Last Modified: 24 Jun 2021 03:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49352

Actions (login required)

View Item View Item
Share