Impak Inovasi Dalam Program Homestay Di Semenanjung Malaysia

Suffarruddin, Suhaida Herni (2019) Impak Inovasi Dalam Program Homestay Di Semenanjung Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (438kB) | Preview

Abstract

Inovasi merupakan satu inisiatif dalam memacu ke arah kejayaan bagi sebuah perniagaan. Namun, kurangnya kesedaran terhadap kepentingan pelaksanaan inovasi telah membawa kepada kegagalan sebilangan program homestay untuk terus berdaya maju. Tambahan pula, persekitaran yang semakin mencabar memaksa perniagaan untuk berinovasi supaya terus berdaya saing seiring dengan kemajuan pembangunan pelancongan di seluruh dunia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk (1) menerokai jenis inovasi yang dilaksanakan, (2) mengenal pasti faktor penentu inovasi, dan (3) menilai impak inovasi terhadap kemajuan program homestay. Lapan program homestay berdaftar di Semenanjung Malaysia telah dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria yang ditetapkan. Temu bual secara mendalam bersama-sama penyelaras homestay telah dijalankan dengan memberikan penekanan kepada impak pelaksanaan inovasi, dan hasil temu bual dianalisis mengunakan teknik “Content Analysis”. Inovasi yang dilaksanakan meliputi inovasi produk dan perkhidmatan, proses, pemasaran dan pengurusan, adalah dipengaruhi oleh enam faktor penentu iaitu ciri-ciri keusahawanan, pengetahuan, kepemimpinan transformasional, orientasi pasaran, sokongan kerajaan dan sumber persekitaran. Inovasi juga telah memberi impak positif kepada prestasi kemajuan program homestay dan desa. Kajian ini turut menyumbang kepada pengembangan ilmu pengetahuan homestay melalui pembangunan Model Impak Inovasi dalam Program Homestay. Penemuan ini juga boleh dimanfaatkan oleh pemain industri sebagai penanda aras kepada pemegang taruh dalam merancang strategi pembangunan program homestay.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 20 Jun 2021 14:35
Last Modified: 20 Jun 2021 14:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49327

Actions (login required)

View Item View Item
Share