Darurat Di Tanah Melayu Dan Amerika Syarikat, 1948-1960

Ismail, Noorilham (2019) Darurat Di Tanah Melayu Dan Amerika Syarikat, 1948-1960. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (283kB) | Preview

Abstract

Kajian ini menganalisis reaksi Amerika Syarikat dalam peristiwa darurat di Tanah Melayu, tahun 1948 hingga 1960. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji reaksi dan sebab-sebab yang telah mempengaruhi reaksi Amerika Syarikat dalam tempoh darurat ini. Fokus akan diberikan kepada tindakan-tindakan Amerika Syarikat yang timbul kesan daripada reaksinya terhadap perisytiharan darurat ini dengan bersumberkan dokumen-dokumen seperti FRUS, NSC Series, The Department of State Bulletin, Pentagon Papers, laporan daripada CIA dan dokumen-dokumen British serta memoir yang diperoleh dari arkib sama ada di dalam atau luar negara. Berdasarkan sumber daripada dokumen-dokumen ini, reaksi Amerika Syarikat terhadap darurat di Tanah Melayu jelas kelihatan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di samping itu, kajian ini telah menggunakan kaedah dalam disiplin sejarah seperti pencarian sumber di arkib, menganalisis dokumen, menterjemah fail-fail yang diperlukan dan menginterpertasi sumber. Berdasarkan analisis yang dibuat dari dokumen-dokumen berkenaan juga, kajian ini mendapati bahawa reaksi Amerika Syarikat terhadap darurat di Tanah Melayu adalah berkait rapat dengan ancaman komunis di peringkat serantau dan turut melibatkan perkara-perkara di Timur Jauh. Selain itu, kajian ini akan menghujahkan bahawa faktor perhitungan strategik dan pertimbangan ekonomi sebagai sebab yang mempengaruhi reaksi Amerika Syarikat terhadap darurat berkenaan. Kajian ini pada akhirnya mendapati reaksi daripada Amerika Syarikat terhadap darurat 1948 hingga 1960 adalah sesuatu yang signifikan dalam konteks kuasa besar itu untuk memerangi komunis di Asia Tenggara secara amnya dan di Tanah Melayu secara khususnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 17 Jun 2021 13:34
Last Modified: 17 Jun 2021 13:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49312

Actions (login required)

View Item View Item
Share