Ralat Dalam Penilaian Impak Lalulintas (Tia) Kepada Perancangan Pengurusan Lalulintas : Kajian Kes Daerah Kuala Muda

Rahim, Mohd Rozaimi Abdul (2019) Ralat Dalam Penilaian Impak Lalulintas (Tia) Kepada Perancangan Pengurusan Lalulintas : Kajian Kes Daerah Kuala Muda. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (850kB) | Preview

Abstract

Kajian Impak Lalulintas ataupun Penilaian Kesan Lalulintas (TIA) merupakan satu keperluan dan kaedah dalam kawalan perancangan. TIA mula disyaratkan penyediaanya sejak 10 tahun yang lepas. TIA merupakan dokumen yang perlu diserahkan kepada pihak berkuasa sebagai dokumen sokongan permohonan kebenaran Merancang. TIA dapat membantu para jururancang dan jurutera dalam menentukan kemungkinan kesan sesuatu projek kepada sistem pengangkutan dan trafik. TIA juga akan mencadangkan tindakan mitigasi untuk mengatasi kesan negatif terhadap cadangan pembangunan. Umum mengetahui bahawa setiap pembangunan atau pemajuan terutamanya perumahan akan menjana trafik pada masa akan datang. Kajian ini menilai dari aspek perbandingan ramalan trafik persimpangan berbanding data sebenar, perbandingan isipadu trafik bagi midblock., Tahap Perkhidmatan Persimpangan (LOS) dan tahap ketepuan simpang melalui laporan TIA yang diserah kepada pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Muda. Daripada 13 kes perbandingan tersebut, didapati berlaku lebihan ramalan (over estimate) antara 7% hingga 14 % daripada 13 kes yang dikaji yang menggunakan peratus peningkatan trafik ( traffic growth) sebagai faktor gandaan dan berlaku kurang ramalan (under prediction) antara -9% hingga 36% tanpa menggunakan faktor peningkatan trafik. Penemuan kajian dianalisa dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang merangkumi graf dan analisis korelasi dan regresi.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 14 Jun 2021 07:20
Last Modified: 14 Jun 2021 07:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49283

Actions (login required)

View Item View Item
Share