Kesan Pra-Rawatan Basuhan Ke Atas Ciri Sisa Kelapa Sawit Terhasil Melalui Pirolisis

Rahman, Aizuddin Abdul (2019) Kesan Pra-Rawatan Basuhan Ke Atas Ciri Sisa Kelapa Sawit Terhasil Melalui Pirolisis. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (715kB) | Preview

Abstract

Lambakan sisa kelapa sawit seperti tandan kosong (TKS), cangkerang isirong (CIS) dan pelepah tandan (PTS) sawit amnya menjanjikan suatu keboleh sediaan sumber bahan bakar lestari. Kumpulan biojisim ini mempunyai peratusan kemeruwapan jirim dan nilai tenaga yang tinggi dengan julat masing-masing di antara 76 hingga 85 wt% dan 17 hingga 19 MJkg-1. Siri faktor pra-rawatan air pencucian dilaksanakan, dan masing-masing hadir berkeadaan terbaik pada, TKS; pra-rawatan medium rendaman air suling, rendaman berkeadaan suhu bilik (~30°C) dan tempoh masa rendaman 40 minit, CIS; pra-rawatan medium rendaman air suling, rendaman berkeadaan suhu bilik (~30°C) dan tempoh masa rendaman 20 minit, dan PTS; pra-rawatan medium rendaman air suling, suhu rendaman 50°C dan tempoh masa rendaman 30 minit. Pada keadaan pra-rawatan ini, peratusan kandungan abu TKS, CIS dan PTS merekodkan penurunan masing-masing daripada 4.07 kepada 2.74 wt%, 5.97 kepada 4.32 wt% dan 3.93 kepada 2.23 wt%. Aplikasi proses pirolisis mendapati hasil pepejal arang hadir tinggi hanya pada julat awal suhu pirolisis manakala, hasil cecair pirolisis didapati meningkat seiring dengan peningkatan suhu pirolisis. Perbandingan sifat biojisim terawat memperlihat produk arang dan cecair pirolisis kaya dengan komposisi karbon, dan juga memiliki kandungan nilai tenaga yang tinggi berbanding biojisim tak rawat. Sifat fizikal briket arang-cecair pirolisis menunjukkan peningkatan nilai ketumpatan, rintangan hentaman dan rintangan tekanan seiring penambahan peratus jisim cecair pirolisis di dalam nisbah campuran.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1 Physics (General)
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Pengajian Sains Fizik (School of Physics) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 14 Jun 2021 07:00
Last Modified: 14 Jun 2021 07:00
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/49281

Actions (login required)

View Item View Item
Share