Aziz., Nor Aini (2002) Keberkesanan pendekatan pengajaran konstruktivis dalam membina semula konsepsi pelajar terhadap konsep-konsep fotosintesis dan makanan. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (9MB) | Preview |
Abstract
Penyelidikan ini adalah untuk mengkaji keberkesanan pendekatan pengajaran konstruktivis dalam menangani konsepsi alternatif pelajar. Sehubungan dengan itu, konsepsi pelajar terhadap konsep fotosintesis dan makanan sebelurn olahan eksperimen berdasarkan pendekatan pengajaran konstruktivis telah diselidiki. Pola perubahan konsepsi selepas olahan eksperimen juga dikaji. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Subjek kajian ialah seramai 96 pelajar aliran sains tulen tingkatan empat dari dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Keberkesanan pendekatan pengajaran konstruktivis dianalisiskan secara kuantitatif dengan menggunakan ujian konsep fotosintesis dan makanan, soal selidik sikap terhadap biologi dan timbunan purata nilaian gred (TPNG). Konsepsi awal dan pola perubahan konsepsi pelajar dikesan melalui soal selidik konsep, temu bual dan pemetaan konsep. Bahan olahan eksperimen terdiri daripada modul Pendekatan Pengajaran Konstruktivis (PPK) yang dibangunkan oleh penyelidik sendiri sebagai garis panduan kepada guru untuk menjalankan pengajaran konstruktivis dengan berkesan. Modul PPK mengandungi latar belakang dan falsafah pendekatan pengajaran konstruktivis serta urutan pendekatan pengajaran konstruktivis.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Subjects: | L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General) |
Divisions: | Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis |
Depositing User: | Mr Noor Azizan Abu Hashim |
Date Deposited: | 11 Jun 2021 16:07 |
Last Modified: | 11 Jun 2021 16:07 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/49278 |
Actions (login required)
View Item |