Halim, Mohd Hasfarisham Abd
(2014)
Ekskavasi Tapak Senibina Jeti Sb2e,
Sb1h, Sb1j, Sb1k Dan Sb1l, Di Kompleks
Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini melibatkan tapak SB2E, SB1H, SB1J, SB1K dan SB1L di Kompleks
Sungai Batu, Lembah Bujang, Kedah. Kajian telah dijalankan pada tahun 2010
sehingga 2011. Tapak SB2E, SB1H-SB1L telah diekskavasi bagi membuktikan
interpretasi awalan kewujudan struktur senibina jeti. Bagi mendapatkan data, kajian
lapangan yang melibatkan aktiviti survei dan pemetaan, penggerudian cetek dan
ekskavasi telah dijalankan disamping analisis saintifik di makmal. Hasil kajian telah
mendedahkan bukti kewujudan senibina jeti yang dibina sejak sebelum abad pertama
Masihi lagi. Fungsinya sebagai jeti dicadangkan berdasar atas lokasi struktur
senibina dan orientasi bangunan yang dibina mengarah ke arah Sungai Batu kuno.
Secara amnya, penemuan struktur senibina jeti di kelima-lima tapak mendedahkan
bukti senibina lantai, dinding, koridor, laluan pejalan kaki dan adanya atap genting
sebagai bukti ianya berbumbung. Ianya dibina daripada bata. Senibina daripada bata
sejak tahun 89 sebelum Masihi (SB1H) mencadangkan teknologi pembuatan bata
dan proses perdagangan telah mulai wujud lebih awal daripada abad pertama Masihi.
Gabungan kelima-lima tapak dan tiga tapak lain di timur Sungai Batu kuno
mencadangkan adanya pelabuhan di Kompleks Sungai Batu ini. Berdasarkan usia
senibina jeti tahun 89 sebelum Masihi, maka ini adalah penemuan pelabuhan tertua
di rantau ini buat masa kini. Ini menunjukkan masyarakat di Sungai Batu telah
mempunyai teknologi dan taraf hidup yang baik mendahului tamadun lain di rantau
Asia Tenggara.
Actions (login required)
|
View Item |