Unsur budaya dalam terjemahan bahasa Jepun ke bahasa Melayu / analisis karya Konosuke Matsushita

Amzah, Normalis (2008) Unsur budaya dalam terjemahan bahasa Jepun ke bahasa Melayu / analisis karya Konosuke Matsushita. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (6MB) | Preview

Abstract

Bahasa Jepun melambangkan kebudayaan Jepun ·dan "Budaya dan terjemahan tidak boleh dipisahkan' . Kajian ini bertujuan melihat pengaruh kewujudan unsur budaya dalam terjemahan teks pengurusan daripada bahasa Jepun ke bahasa 1elayu. Bahan kajian ialah hasil karya penulis dan usaha\'.an terkemuka Jepun, Konosuke Matsushita, yang JUga pengasas syarikat gergasi Matsushita Electric yang sekarang dikenali sebagai National Panasonic. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah Analisis Teks yang merangkumi analisis dari sudut makro dan mikro. Analisis makro melihat teks secara keseluruhan dan analisis mikro pula melihat unit-unit tertentu dalam teks yang tertumpu pada unsur budaya dalam bahasa Jepun. Unsur budaya yang diana! isis terhad kepada empat jenis sahaja iaitu Realia, Kata Hormat, Ungkapan Memberi dan Menerima dan Bahasa Kiasan. Analisis melihat kekerapan kemunculan, pengaruh konteks dan aspek koheren dalam teks sumber dan teks terjemahan. Juga dikaj i kaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah untuk menangani unsur-unsur budaya ini. Analisis mendapati unsur budaya Realia, Kata Hormat dan Ungkapao Memberi dan Meoerima mempunyai peratusan kemunculan yang hampir sama iaitu lebih kurang 30% dan bahasa kiasan hanya mempunyai peratusan kekerapan sebanyak 12%. Kaedah teijemahan yang dipilih lebih mengutamakan pengekalan koheren teks terjemahan berbanding penjelmaan unsur budaya tersebut dalam teks terjemahan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Pusat Pengajian Bahasa Literasi & Terjemahan (School of Languages, Literacies and Translation) 1 > Thesis
Pusat Pengajian Bahasa Literasi & Terjemahan (School of Languages, Literacies and Translation) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 19 Mar 2021 08:37
Last Modified: 19 Mar 2021 08:37
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48675

Actions (login required)

View Item View Item
Share