Zin, Wan Rafyah Wan Muhd
(2001)
Kajian Kemampuan Pemilikan
Rumah Kos Sederhana
Di Bandar Kulim, Kedah Darul Aman.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Pasaran hartanah kediaman di Malaysia pada masakini dicorakkan dengan
pembangunan yang rancak bagi perumahan kos sederhana. Fenomena ini telah
mempengaruhi prospek pembekalan perumahan di negara ini dan memberi kesan
terhadap industri perumahan yang lebih memfokuskan kepada permintaan bagi
perumahan kos sederhana. Konsep perumahan kos sederhana dalam kajian ini
telah menginterpretasikannya sebagai unit-unit perumahan yang berada pada
kategori pertengahan dalam istilah harga dan kemampuan pendapatan. Isu utama
yang ingin dipaparkan dalam kajian ini ialah sejauhmana kemampuan sebenar
penduduk di kawasan bandar dalam pemilikan rumah kos sederhana.
Actions (login required)
|
View Item |