Sistem Sokongan Sosial, Faktor Tarikan Dan Faktor Tolakan Dalam Penglibatan Aktiviti Seksual Sejenis Golongan Lesbian Di Malaysia

Juaini, Nurul Jannah Mohd (2019) Sistem Sokongan Sosial, Faktor Tarikan Dan Faktor Tolakan Dalam Penglibatan Aktiviti Seksual Sejenis Golongan Lesbian Di Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (759kB) | Preview

Abstract

Penglibatan wanita dalam aktiviti seksual sejenis merupakan isu yang sering didebatkan dalam masyarakat pada hari ini kerana ia jelas membatasi norma budaya, amalan keagamaan dan undang-undang di Malaysia. Justeru itu, objektif kajian ini adalah mengenal pasti profil golongan lesbian, menganalisis sejauhmana sistem sokongan sosial mempengaruhi faktor tarikan dan faktor tolakan terhadap kehidupan golongan lesbian, menganalisis faktor tarikan yang mendorong golongan lesbian terlibat dengan aktiviti seksual sejenis, menganalisis faktor tolakan yang menyebabkan golongan lesbian menamatkan aktiviti seksual sejenis dan membentuk model sistem sokongan sosial, faktor tarikan dan faktor tolakan dalam penglibatan aktiviti seksual sejenis golongan lesbian di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan melalui teknik persampelan bola salji, seramai 12 orang lesbian telah dicapai dari 10 buah negeri di Malaysia iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Melaka, Sarawak, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Selangor dan Pahang. Kesemua responden kajian telah ditemu bual dan hasil kajian dianalisis dengan menggunakan Nvivo for Mac versi 12. Merujuk hasil kajian, enam jenis sumber sokongan sosial telah dikenalpasti mempunyai perkaitan dengan penglibatan responden dalam aktiviti seksual sejenis iaitu keluarga, pasangan lesbian, pasangan heteroseksual, rakan lesbian, rakan heterosekual dan komuniti lesbian.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 11 Mar 2021 03:05
Last Modified: 11 Mar 2021 03:05
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48596

Actions (login required)

View Item View Item
Share