Kempen kesedaran kesihatan awam: satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia

Jamri, Mohamad Hafifi and Ismail, Nurzali and Ahmad, Jamilah and Singh, Darshan (2017) Kempen kesedaran kesihatan awam: satu tinjauan literatur dari sudut penggunaan media dan komunikasi di Malaysia. Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication, 33 (3). pp. 1-20. ISSN 2289-1528

[img]
Preview
PDF
Download (412kB) | Preview

Abstract

Media dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu medium yang berkesan dalam penyebaran maklumat tentang isu kesihatan awam. Kajian tentang konteks dan penggunaan media dan komunikasi sebagai satu intervensi pencegahan mengenai kempen kesedaran kesihatan awam dirujuk masih terhad. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan media dan komunikasi dalam kempen kesedaran kesihatan awam di Malaysia. Satu tinjauan literatur telah dijalankan menggunakan pangkalan data seperti ScienceDirect, Scopus dan Google Scholar. Kata kunci seperti “media and communication”, “public health” dan “illicit drug use” telah digunakan untuk mencari jurnal yang diterbitkan dari tahun 2010 hingga 2015. Sejumlah 80 jurnal ditemui, hanya 28 jurnal dipilih berdasarkan kepada kesesuaian skop kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa media dan komunikasi dapat digunakan sebagai satu intervensi berkesan dalam; (1) menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang isu-isu kesihatan awam; (2) memupuk dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pelbagai kesan masalah kesihatan awam; dan juga (3) mendidik sekaligus mengubah minda, persepsi, sikap serta tingkah laku masyarakat terhadap isu-isu kesihatan awam. Media dan komunikasi boleh digunakan sebagai satu intervensi untuk membentuk kesedaran tentang isu kesihatan awam. Dalam usaha mengurangkan masalah kesihatan awam terutamanya tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta kesan-kesan sampingannya, penggunaan saluran media dan komunikasi yang sesuai dilihat dapat membantu meningkatkan kesedaran masyarakat.

Item Type: Article
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Article
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Jamilah Ahmad (Communication)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 05 Mar 2021 07:24
Last Modified: 05 Mar 2021 07:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48530

Actions (login required)

View Item View Item
Share