Belia dan isu jenayah masa kini di Malaysia

Ahmad, Jamilah and Ismail, Nurzali and Nasir, Nur Nasliza Arina Mohamad Nasir (2017) Belia dan isu jenayah masa kini di Malaysia. Malaysian Journal of Youth Studies, 16. pp. 49-70. ISSN 2180-1649

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Golongan belia pada masa kini merupakan ahli penting dalam masyarakat kerana mereka merupakan aset yang berharga kepada negara. Maka, adalah penting untuk mendidik dan mempengaruhi generasi ini agar menjauhi perilaku jenayah kerana kebolehan, keupayaan dan keistimewaan generasi ini tidak akan sempurna dan berguna kepada negara jika akhlak dan peribadi mereka tidak dijaga dan dipelihara. Kajian ini bertujuan untuk memahami pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap isu jenayah di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif melalui tinjauan soal selidik dalam mendapatkan data daripada 1000 responden yang dikenal pasti. Hasil kajian mendapati, pengetahuan belia tentang isu jenayah di Malaysia adalah tinggi. Manakala, sikap dan amalan belia tentang isu jenayah pada masa kini pula menunjukkan ia adalah baik dan positif. Dengan mengetahui pengetahuan, sikap dan amalan belia terhadap isu jenayah pada masa kini di Malaysia, ia akan memudahkan pihak berwajib mencari pendekatan terbaik dalam menyampaikan mesej jenayah. Mesej tersebut dapat dibentuk mengikut tahap pengetahuan, sikap dan amalan untuk memastikan penyampaian mesej dan maklumat yang efektif.

Item Type: Article
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare > HV5800-5840 Drug habits. Drug abuse
Divisions: Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Article
Zoom Profil Pakar (Expert Profile) > Jamilah Ahmad (Communication)
Depositing User: Administrator Automasi
Date Deposited: 26 Feb 2021 04:19
Last Modified: 26 Feb 2021 04:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48474

Actions (login required)

View Item View Item
Share