Abdullah, Mohd Syukor
(2019)
Antara Dendam Dengan Perjuangan
Daripada Perspektif
Pensejarahan Baharu.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah bertitik tolak daripada novel Antara Dendam Dengan
Perjuangan karya Ali Jusoh yang merentetkan semula sejarah Pahang melalui
kebangkitan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah menentang Inggeris.
Walaupun novel tersebut bersifat fiksyen, namun melalui bacaan yang diselarikan
dengan fakta sejarah memperlihatkan kesetiaan pengarang terhadap fakta-fakta
tersebut. Namun melalui perspektif Pensejarahan Baharu, pengarang tidak hanya
menyalin kisah sejarah lampau, sebaliknya pengarang juga dilihat turut membina
sejarah fiksyen yang diterjemahkan dalam konteks yang lebih terbuka serta mencabar
pensejarahan itu sendiri. Fragmen yang mengisahkan ‘kehilangan dan kematian’
tokoh-tokoh pejuang Pahang meninggalkan satu enigma dalam sejarah tanah air
khususnya Pahang. Pelbagai persoalan ditimbulkan tentang sejauh manakah
kebenarannya pengisytiharan kematian yang diwawarkan Inggeris. Kelompangan
episod tersebut membuka peluang untuk pengarang mencipta serta melengkapkan
sejarah marginal yang mungkin sengaja disisihkan demi kepentingan penjajah serta
pelbagai pihak. Mendekati karya ini melalui perspektif Pensejarahan Baharu ternyata
mampu merungkai persoalan-persoalan tersirat yang membawa kepada kebangkitan
tokoh pejuang Melayu Pahang. Kajian ini menyasarkan empat objektif utama. Pertama
ialah mengenal pasti unsur sejarah yang terdapat dalam novel Antara Dendam Dengan
Perjuangan dan menghubungkannya dengan fakta sejarah.
Actions (login required)
|
View Item |