Kriteria Utama Pencegahan Jenayah Menurut Perspektif Golongan Profesional Alam Bina Di Malaysia

Zahari, Mohd Zul Fahmi (2019) Kriteria Utama Pencegahan Jenayah Menurut Perspektif Golongan Profesional Alam Bina Di Malaysia. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (363kB) | Preview

Abstract

Rumah merupakan keperluan asas penduduk, maka perumahan telah menjadi salah satu agenda utama setiap negara di dunia. Masalah jenayah telah lama wujud di kawasan perumahan, terutamanya perumahan yang berhampiran bandar. Jenayah yang berlaku telah menimbulkan rasa tidak selamat kepada penduduknya. Golongan profesional alam bina dilihat sebagai sebahagian daripada pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan rumah yang selamat dan selesa kepada masyarakat. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji langkah pencegahan terhadap jenayah yang berlaku di kawasan perumahan di Malaysia. Terdapat tiga objektif dalam kajian ini. Pertama, mengenal pasti kriteria utama pencegahan jenayah menurut golongan profesional alam bina. Kedua, menilai kriteria pencegahan jenayah melalui pengawasan semula jadi yang perlu dipraktikkan oleh golongan profesional alam bina. Ketiga, mengkaji hubungan antara kriteria pencegahan jenayah dengan tahap kesedaran jenayah golongan profesional alam bina. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan pengumpulan data dilakukan melalui pengedaran borang soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 191 orang responden yang terdiri daripada golongan profesional alam bina dari tujuh buah negeri di Semenanjung Malaysia, iaitu Pulau Pinang, Perlis/Kedah, Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Science Social” (SPSS). Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif, analisis faktor, dan analisis regresi linear.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH9025-9745 Protection of buildings
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 18 Feb 2021 08:54
Last Modified: 18 Feb 2021 08:54
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48356

Actions (login required)

View Item View Item
Share