Penghijrahan Masyarakat Melayu Ke Kerian, Perak, 1816-1941

Sharif, Siti Noor Hafizah Mohamed (2019) Penghijrahan Masyarakat Melayu Ke Kerian, Perak, 1816-1941. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkaitan dengan penghijrahan masyarakat Melayu ke Kerian bermula pada tahun 1816 hingga 1941. Kajian ini membincangkan aspek penghijrahan dalaman masyarakat Melayu bagi menilai sejauh mana kebenaran pandangan pentadbir British dan sarjana-sarjana terdahulu berkenaan sikap masyarakat Melayu yang dikatakan pasif dan enggan meninggalkan petempatan asalnya sebagai asbab kemunduran masyarakat Melayu dalam aspek ekonomi semasa penjajahan British. Penghijrahan sebelum penjajahan British turut dibincangkan dalam kajian ini bagi melihat adakah wujud kesinambungan dalam penghijrahan Melayu sebelum dan semasa penjajahan British. Kajian berkaitan penghijrahan Melayu ini juga bertujuan membuktikan sumbangan masyarakat Melayu dalam ekonomi terutama dalam pembangunan tanah untuk aktiviti pertanian semasa penjajahan British.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 17 Feb 2021 08:29
Last Modified: 17 Feb 2021 08:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48331

Actions (login required)

View Item View Item
Share