Sharif, Siti Noor Hafizah Mohamed
(2019)
Penghijrahan Masyarakat Melayu Ke Kerian, Perak, 1816-1941.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah berkaitan dengan penghijrahan masyarakat Melayu ke
Kerian bermula pada tahun 1816 hingga 1941. Kajian ini membincangkan aspek
penghijrahan dalaman masyarakat Melayu bagi menilai sejauh mana kebenaran
pandangan pentadbir British dan sarjana-sarjana terdahulu berkenaan sikap
masyarakat Melayu yang dikatakan pasif dan enggan meninggalkan petempatan
asalnya sebagai asbab kemunduran masyarakat Melayu dalam aspek ekonomi semasa penjajahan British. Penghijrahan sebelum penjajahan British turut dibincangkan dalam kajian ini bagi melihat adakah wujud kesinambungan dalam penghijrahan Melayu sebelum dan semasa penjajahan British. Kajian berkaitan penghijrahan Melayu ini juga bertujuan membuktikan sumbangan masyarakat Melayu dalam ekonomi terutama dalam pembangunan tanah untuk aktiviti pertanian semasa penjajahan British.
Actions (login required)
|
View Item |