Aplikasi Konsep Mutawatir Dalam Ilmu Qiraat Sebagai Kaedah Penentu Kesahan Dan Kebolehpercayaan Data Dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam

Aziz, Nur Sakiinah Ab (2018) Aplikasi Konsep Mutawatir Dalam Ilmu Qiraat Sebagai Kaedah Penentu Kesahan Dan Kebolehpercayaan Data Dalam Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (935kB) | Preview

Abstract

Terdapat beberapa kaedah dalam tradisi keilmuan Islam bagi memastikan kesahihan dan kebolehpercayaan maklumat, khususnya berkaitan ilmu wahyu. Antara kaedah tersebut ialah sanad mutawatir dalam ilmu qiraat. Sanad mutawatir merupakan salah satu daripada tiga syarat bagi qiraat mutawatirat. Namun begitu, timbul beberapa persoalan penting dalam kajian ini. Bolehkah sanad mutawatir dijadikan satu konsep kepada kaedah penentu kesahan dan kebolehpercayaan data (KPKKD) dalam penyelidikan yang berkaitan Islam dan orang Islam? Bagaimanakah KPKKD yang terdapat dalam ilmu qiraat iaitu sanad mutawatir sesuai digunakan dalam membina suatu kaedah penyelidikan berteraskan Islam (KPBI)? Berdasarkan persoalan tersebut, kajian ini bertujuan mencapai tiga objektif. Pertama, mengenal pasti sejarah ilmu qiraat. Kedua, menganalisis KPKKD berdasarkan konsep mutawatir. Ketiga, merumuskan aplikasi konsep mutawatir dalam KPBI. Bagi mencapai kesemua objektif ini, kajian dokumen yang berbentuk kualitatif asas ini menggunakan kaedah analisis kandungan. Kaedah analisis kandungan dilakukan bagi mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis semua dokumen yang berkaitan ilmu qiraat khususnya sanad mutawatir. Hasil kajian mendapati terdapat tiga elemen utama bagi konsep mutawatir. Elemen-elemen tersebut ialah ciri-ciri perawi, bilangan perawi, dan kaedah talaqqi. Elemen-elemen tersebut dianalisis, dirumuskan, dan terhasil 33 manfaat. Kesemua elemen dan manfaat tersebut diaplikasikan terhadap pengkaji, informan, dan data.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > Q Science (General) > Q181-183 Study and Teaching
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 16 Feb 2021 07:19
Last Modified: 16 Feb 2021 07:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48318

Actions (login required)

View Item View Item
Share