Peribahasa Iban Terpilih: Analisis Berdasarkan Teori Etika Kewajipan Prima Facie

Mingat, Steward Rickyues (2019) Peribahasa Iban Terpilih: Analisis Berdasarkan Teori Etika Kewajipan Prima Facie. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (427kB) | Preview

Abstract

Peribahasa-peribahasa Iban menyerlahkan nilai-nilai etika yang menjadi pegangan hidup mereka. Nilai etika yang terdapat dalam peribahasa Iban tersebut menunjukkan bahawa masyarakat Iban sentiasa menitikberatkan tingkah laku yang baik dan jati diri yang mulia dalam membentuk komuniti yang tinggi nilai kemanusiaan serta identitinya. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji teori etika kewajipan prima facie yang dipelopori oleh William David Ross (1930) dan menggunakannya untuk menganalisis beberapa peribahasa Iban yang terpilih. Data peribahasa yang dipilih untuk tujuan kajian ini dikumpul daripada buku Jaku’ Dalam (2009). Hasil kajian ini mendapati bahawa peribahasa Iban memaparkan beberapa kewajipan prima facie untuk menepati janji (fidelity); untuk sentiasa membaiki kesilapan yang telah dibuat pada masa lalu (reparation); untuk bertindak adil sesama sendiri ketika membuat sebarang keputusan (justice); untuk melakukan kebaikan sebanyak yang mungkin tanpa memikirkan motif tindakan yang hendak dilakukan itu (beneficence); untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri dari segi intelektual dan nilai jati diri (selfimprovement); untuk tidak memudaratkan orang lain (non-maleficence) dan akhir sekali untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih (gratitude). Kesimpulannya, peribahasa Iban menyerlahkan nilai-nilai etika yang mencerminkan keindahan budaya mereka sebagai masyarakat yang sentiasa mementingkan kesejahteraan bersama sebagai sebuah komuniti yang harmoni, holistik dan juga individu yang berkeperibadian mulia.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B850-5739 By Region or Country
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 15 Feb 2021 03:36
Last Modified: 15 Feb 2021 03:36
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48306

Actions (login required)

View Item View Item
Share