Kesan Mod Dorongan Terhadap Pencapaian, Tahap Pemikiran Kritis Dan Aktiviti Perbincangan Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar Berbeza Gaya Pembelajaran

Zain, Mat Salleh Mohamad (2018) Kesan Mod Dorongan Terhadap Pencapaian, Tahap Pemikiran Kritis Dan Aktiviti Perbincangan Atas Talian Dalam Kalangan Pelajar Berbeza Gaya Pembelajaran. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (458kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan mod dorongan justifikasi (DJ) dan mod dorongan perancahan justifikasi (DPJ) dalam perbincangan atas talian terhadap pencapaian, tahap pemikiran kritis dan aktiviti perbincangan atas talian dalam kalangan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran berbeza. Kajian kuasi eskperimen dengan kaedah penukar gantian (counter balanced design) dan reka bentuk faktorial 2 x 2 dijalankan kepada 120 orang pelajar dua buah Institut Pendidikan Guru (IPG) di zon Utara Malaysia. Dalam kajian ini, mod dorongan (mod DJ dan DPJ) merupakan pemboleh ubah bebas manakala pencapaian, tahap pemikiran kritis dan aktiviti perbincangan atas talian merupakan tiga pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah moderator pula melibatkan gaya pembelajaran (jujukan atau global) yang diuji menggunakan Instrumen Gaya Pembelajaran Felder dan Silverman (1988). Pencapaian pelajar diukur melalui ujian pasca I dan ujian pasca II manakala tahap pemikiran kritis dianalisis berdasarkan pos-pos yang dihantar menggunakan Taksonomi Greenlaw dan Deloach. Sementara itu, kekerapan menghantar dan membaca pos pula dilihat menggunakan fail log dalam perbincangan atas talian. Data kajian ini dianalisis menggunakan ANOVA dan ANOVA secara berulangan (repeated measure ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang mengikuti DPJ menunjukkan pencapaian dan tahap pemikiran kritis yang lebih baik secara signifikan berbanding pelajar yang mengikuti DJ.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > T Technology (General) > T10.5-11.9 Communication of technical information
Divisions: Pusat Teknologi Pengajaran & Multimedia (Centre for Instructional Technology & Multimedia) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 08 Feb 2021 06:59
Last Modified: 08 Feb 2021 06:59
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48258

Actions (login required)

View Item View Item
Share