Abu Chik., Azizah (1988) Adat melenggang perut yang semakin luput di kalangan masyarakat Melayu Melaka kini. Other. Universiti Sains Malaysia. (Submitted)
|
PDF
Download (2MB) | Preview |
Abstract
Dalam masyarakat tradisi Alam Melayu, konsep adat memancarkan hubungan mendalam lagi bermakna antara sesama manusia dan dengan alam sekitarnya, termasuk alam tabii, alam social dan alam ghaib. Setiap perhubungan ini diucapkan sebagai adat, diberi bentuk tegas dan khusus melalui sikap, perbuatan dan acara. Adat memberi takrif kepada seluruh kompleks hubungan itu sama ada dalam erti intisari kewujudan sesuatu asas ukuran buruk baik, peraturan hidup seluruh masyarakat mahupun tatacara perbuatan individu dan penubuhan serta perjalanan satu-aatu kelompok institusi. Dari segi etimologi, 'adat' berasal dari bahasa Arab yang bererti kebiasaan. 3 • Dalam ertikata lain, adat bolehlah diertikan sebagai peraturan hidup masyarakat yang tidak kurang penting dan diberikan perhatian juga. Adat adalah merupakan pencerminan daripada keperibadian sesuatu bangsa, merupakan salah satu penjelmaan daripada jiwa yang bersangkutan dari abad ke abad. Oleh kerana itu maka tiap bangsa di dunia ini memiliki adat kebiasaan sendiri-sendiri yang satu dengan yang lainnya tidak sama. Justeru oleh kerana ketidak--. samaan inilah kita dapat mengatakan bahawa adat itu merupakan unsur yang terpenting yang memberikan identiti kepada bangsa yang bersangkutan.
Item Type: | Monograph (Other) |
---|---|
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General) |
Divisions: | Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Monograph Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Monograph |
Depositing User: | Mr Noor Azizan Abu Hashim |
Date Deposited: | 01 Feb 2021 04:52 |
Last Modified: | 01 Feb 2021 07:32 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/48226 |
Actions (login required)
View Item |