Teater Muzikal Melayu: Satu Kajian Terhadap Struktur Persembahan Melalui Pembentukan Lagu Dramatik

Ahmad, Muhammad Faisal (2019) Teater Muzikal Melayu: Satu Kajian Terhadap Struktur Persembahan Melalui Pembentukan Lagu Dramatik. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (582kB) | Preview

Abstract

Brown (2007) telah mengatakan bahawa elemen yang dapat membezakan aliran teater muzikal dengan bentuk teater yang lain adalah melalui fungsi lagu sebagai luahan rasa yang tidak dapat dilafazkan menerusi dialog. Pembinaan struktur sesebuah persembahan teater muzikal bukan sahaja dilihat menerusi perjalanan naratifnya malah fungsi lagu-lagu dramatik dalam menentukan gaya penyampaian memainkan peranan membentuk struktur persembahan tersebut. Kajian ini akan memfokuskan struktur persembahan teater muzikal Melayu dengan melihat peranan lagu dramatik serta gaya persembahan pementasan yang dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Tumpuan kajian adalah berdasarkan kepada sepuluh buah produksi yang dipilih bermula pada tahun 2000 hingga 2010. Kaedah dapatan kajian adalah menerusi sumber primer seperti penontonan, temu bual, dan rujukan sumber sekunder. Lagu dramatik dalam teater muzikal yang telah dikategorikan oleh Larry A. Brown (2010) dan John Kenrick (2010) diterapkan dalam Teori Piramid Struktur Dramatik Freytag. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh muzikal Barat dalam gaya dan bentuk struktur persembahan teater muzikal Melayu. Struktur persembahan teater muzikal Melayu juga dilihat menerusi bentuk dan fungsi lagu dramatik yang diterapkan dalam naskhah-naskhah terpilih. Hasil kajian ini memperlihatkan empat bentuk teater muzikal Melayu iaitu Muzikal Sebelum Klimaks, Muzikal Lagu Cerita, Muzikal Konsert dan Muzikal Gaya Rodgers & Hammerstein II serta fungsi buku muzikal sebagai medium pembentukan sebuah teater muzikal.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Koleksi Bahasa Melayu (Malay Language Collection) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 26 Jan 2021 03:21
Last Modified: 01 Feb 2021 04:22
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48194

Actions (login required)

View Item View Item
Share