Analisis Sejarah Fonologi Dan Pengelompokan Dialek Melayu Hulu Di Bahagian Timur Semenanjung Malaysia

Hasrah, Mohd Tarmizi (2018) Analisis Sejarah Fonologi Dan Pengelompokan Dialek Melayu Hulu Di Bahagian Timur Semenanjung Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti pertalian sejarah dialek Melayu Hulu Pahang, dialek Melayu Hulu Kelantan, dialek Melayu Hulu Terengganu dan dialek Melayu Hulu Tembeling. Dua persoalan utama yang mendorong kajian ini ialah isu-isu mengenai perkembangan fonologi dan pengelompokan dalaman dialek-dialek tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk memerikan sistem fonologi, merekonstruksi fonologi dialek induk, menghuraikan proses fonologi selain menentukan inovasi bersama dan retensi untuk tujuan pengelompokan dalaman. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menerapkan empat teori yang saling berkaitan, iaitu teori pemerian sistem fonem, teori rekonstruksi, teori perubahan bunyi dan teori pengelompokan. Hasil pemerian fonem mendapati setiap dialek Melayu hulu memiliki ciri khas yang membezakannya daripada dialek-dialek Melayu di kawasan hilir. Kewujudan ciri khas mengesahkan andaian bahawa semua dialek Melayu hulu diturunkan daripada sebuah dialek purba yang dikenali sebagai dialek Hulu Semenanjung Timur purba.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL3512 Malaysian literature
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 20 Jan 2021 06:26
Last Modified: 20 Jan 2021 06:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48142

Actions (login required)

View Item View Item
Share