Kepuasan Penghuni Terhadap Kualiti Reka Bentuk Di Perumahan Kos Rendah Bertingkat Tinggi Di Pulau Pinang

Arshard, Wan Nur Rukiah Mohd (2019) Kepuasan Penghuni Terhadap Kualiti Reka Bentuk Di Perumahan Kos Rendah Bertingkat Tinggi Di Pulau Pinang. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (616kB) | Preview

Abstract

Kualiti perumahan dalam aspek reka bentuk adalah penting kepada penghuni perumahan kos rendah bertingkat tinggi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Matlamat Dasar Perumahan Negara (DRN) menyediakan perumahan yang mampu milik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan, keselesaan dan kesejahteraan penghuni perumahan di Malaysia Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan penghuni terhadap kualiti reka bentuk di perumahan kos rendah bertingkat tinggi di Pulau Pinang. Reka bentuk kajian secara kaedah campuran serentak iaitu mengumpul data menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitaif dengan serentak untuk mencapai objektif kajian ini. Kajian melibatkan 345 orang penghuni daripada tiga perumahan kos rendah bertingkat tinggi di Pulau Pinang iaitu di perumahan Taman Ampang Jajar TAJ di Seberang Perai Utara (SPU), perumahan Halaman Kenanga (HK) di Daerah Timur Laut (DTL) dan perumahan Idaman Seroja (IS) di Daerah Barat Daya (DBD). Soal selidik diberikan pada isi rumah (n=345) digunakan untuk bahagian kuantitatif, manakala kajian kes yang menggunakan kaedah temu bual bersama arkitek (n=3) dan isi rumah (n=9) dari ketiga-tiga isi rumah digunakan untuk bahagian kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif, korelasi, dan ANOVA. Data kualititatif dianalisis menggunakan analisis kandungan daripada gambar, tembubual, dan dokumen. Penemuan kajian ini memberi sumbangan untuk menambahbaik garis panduan dan piawaian perumahan serta gabungan teori perumahan dan kajian kepuasan perumahan kos rendah bertingkat tinggi di Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 20 Jan 2021 03:29
Last Modified: 20 Jan 2021 03:29
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48138

Actions (login required)

View Item View Item
Share