Rekabentuk Produk Berasaskan Permasalahan Low Back Pain Terhadap Pemandu Teksi Warga Tua Di Semenanjung Malaysia

Yusoff, Irwan Syah Md (2019) Rekabentuk Produk Berasaskan Permasalahan Low Back Pain Terhadap Pemandu Teksi Warga Tua Di Semenanjung Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (820kB) | Preview

Abstract

Pemandu teksi kalangan pemandu warga tua berkembang pesat di Malaysia. Sehubungan itu, pelbagai faktor perlu diberikan perhatian bagi memastikan bahawa pemandu teksi warga tua boleh melakukan tugasan mereka dengan baik dan dalam keadaan kesihatan yang baik. Kajian ini bertujuan untuk merekabentuk produk bagi mengurangkan gangguan rangka otot (GRO) pada belakang bawah pemandu teksi warga tua. Kaedah campuran telah digunakan dalam kajian ini dengan satu kajian keratan rentas telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik bersemuka. Kaedah persampelan bertujuan digunakan berdasarkan kriteria inklusif; umur 60 tahun dan ke atas, memandu sendiri teksi lebih daripada 1 tahun, tiada kecacatan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sejumlah 443 responden mengambil bahagian dalam kajian ini. Kebanyakan pemandu teksi warga tua menggunakan kereta 'sewa'(76.7%). Lebih separuh daripada responden mengalami sakit belakang sejak 12 bulan lalu dan 67.5% dalam tempoh tujuh hari yang lepas. Ketidaksepadanan tinggi ditemui antara rekaan semasa tempat duduk dan ukuran saiz manusia. Terdapat hubungan yang signifikan (p<0.05) antara IJT, status merokok, memandu sehingga tengah malam, mengalami sakit belakang sejak 12 bulan yang lepas dan tujuh hari yang lalu dengan ketidakselesaan anggota badan pada rekaan tempat duduk. Cadangan reka bentuk baru dan ukuran baru dicadangkan. Keputusan pre-prototype dan simulasi 3D rekaan cadangan didapati bahawa skor RULA turun kepada peringkat tindakan dua (risiko rendah) berbanding reka bentuk konvensional. Ujian lapangan menggunakan kaedah EMG membuktikan bahawa penyelesiaan yang dicadangkan mengurangkan penggunaan tenaga dan aktiviti otot, GRO diminimumkan serta kecederaan low back pain. Objektif kajian telah dicapai dengan reka bentuk yang dicadangkan dan parameter baru yang menggabungkan kajian sains perubatan dan reka bentuk industri.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 20 Jan 2021 01:13
Last Modified: 20 Jan 2021 01:13
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48134

Actions (login required)

View Item View Item
Share