Analisis Terhadap Pengeluaran Buah Tandan Segar, Pengeluaran Dan Kadar Perahan Minyak Sawit Di Malaysia

Krishnan, Muruga (2019) Analisis Terhadap Pengeluaran Buah Tandan Segar, Pengeluaran Dan Kadar Perahan Minyak Sawit Di Malaysia. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (877kB) | Preview

Abstract

Kelapa sawit merupakan tanaman yang utama dalam komoditi pertanian di Malaysia. Minyak sawit merupakan minyak sayuran yang paling penting dalam industri kelapa sawit iaitu menyumbang sebanyak 75 peratus daripada eksport pertanian negara. Penulisan tesis ini bertujuan menganalisis pengeluaran buah tandan segar (BTS), pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) dan kadar perahan minyak (OER) di Malaysia. Terdapat tiga isu dalam kajian ini iaitu pertama adalah pengeluaran BTS lebih daripada pengeluaran CPO. Kedua, adalah pengeluaran CPO lebih rendah daripada pengeluaran BTS di Malaysia. Ketiga, adalah kadar OER di Semenanjung Malaysia lebih rendah daripada negeri Sabah dan Sarawak. Oleh itu, wujud jurang yang semakin besar antara pengeluaran BTS dan pengeluaran CPO dan pola peningkatan pengeluaran CPO adalah perlahan maka isu kadar perahan minyak (OER) adalah penting dianalisis dalam kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan dua kaedah iaitu kaedah kuantitatif untuk menganalisis objektif kajian pertaama dan objektif kajian kedua dengan menggunakan kaedah Autoregressive Distributed Lag (ARDL), manakala objektif kajian ketiga, reka bentuk kajian bagi data kualitatif adalah berbentuk deskriptif iaitu menemu bual 71 buah kilang CPO di Semenanjung Malaysia. Objektif pertama dan kedua kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengeluaran BTS dan pengeluaran CPO.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 18 Jan 2021 04:04
Last Modified: 18 Jan 2021 04:04
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/48120

Actions (login required)

View Item View Item
Share